Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata seruling


Pantun

PantunSumberTema
Tiup seruling di tanah lapang, Bunyi merdu berdayu-dayu; Hati runsing kepada abang, Kirimlah salam kepada mak bayu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kalau meniup seruling bambu, Dibawa berteduh lepaslah letih; Kalau hidup saling membantu, Mana yang keruh lekaslah jernih.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Kalau meniup seruling bambu, Siapa yang ikut akan terbuai; Kalau hidup saling membantu, Mana yang kusut akan selesai.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Kalau meniup seruling bambu, Badan yang penat terasa nyaman; Kalaulah hidup saling membantu, Beban yang berat terasa ringan.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Kalau meniup seruling buluh, Ke mana pergi orang mendengar; Kalau hidup saling mengasuh, Tiada lagi orang yang lapar.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Kalau meniup seruling bambu, Gembira hati orang mendengar; Kalau hidup saling membantu, Tiada lagi orang terlantar.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Sungguh merdu suara seruling, Orang teringat ke masa lalu; Sungguh pemalu betina juling, Memandang tepat ia tak mahu.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka

Kembali ke atas