Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ru.mah] | سرومه

Definisi : 1. seisi rumah, seluruh rumah; 2. tinggal dlm satu rumah: kedua-dua pe­rem­puan itu hiduplah ~, seorang di atas loteng dan seorang di bawah; 3. sudah kahwin (ber­isteri atau bersuami); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ru.mah] | سرومه

Definisi : 1 seisi keluarga. 2 tinggal dlm satu rumah: Mereka sepejabat dan ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata serumah


Pantun

PantunSumberTema
Adat serumah beramah-tamah, Adat setepian sekain basahan; Adat ramah menjaga maruah, Adat sebasahan menjaga iman.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Sifat keluarga berkasih sayang, Sama serumah tolong-menolong; Adat dijaga budi terbilang, Petua amanah sama dijunjung.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Belum makan sudahlah kenyang, Tanda serumah ada teduhnya; Belum dipesan sudahlah datang, Tanda kita ada jodohnya.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Beras padi disimpan orang, Supaya senang makan serumah; Panas hati bukan kepalang, Melihat abang berpaling tadah.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Pucuk kemiri dimakan ulat, Kalau berbuah tak sempat masak; Buruk negeri lupakan adat, Kacau serumah umat pun rosak.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat

Kembali ke atas