Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : segugus (pisang, pinang, dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata setandan

Puisi
 

Dari Deli pergi ke Medan,
     Singgah di kedai hujan menitik;
Kalau nak beli buah setandan,
     Tentu bercampur besar kecik.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Nyiur setandan tetapi berlain-lain jadinya.

Bermaksud :

Walaupun anak-anak itu daripada seibu sebapa tetapi tabiatnya jauh berbeza.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Pantun

PantunSumberTema
Buah pisang setandan lebat, Masaknya manis bukan kepalang; Sudah kupinang tiada dapat, Hendak menangis malu kan orang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Elok bersusun setandan penuh, Bila masak cepat ditebang; Untuk penonton hidup senonoh, Supaya tidak mendapat malang.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Banyak pula isi sikatnya Elok bersusun setandan penuh; Banyak pula kaji tersiratnya, Untuk penonton hidup senonoh.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Anak burung terbang perlahan, Hinggap mari ranting kayu; Kalau nak beli buah setandan, Tentu bercampur masak layu.Kurik Kundi Merah SagaPerniagaan
Dari Deli pergi ke Medan, Singgah di kedai hujan menitik; Kalau nak beli buah setandan, Tentu bercampur besar kecik.Kurik Kundi Merah SagaPerniagaan

Kembali ke atas