Apa gunanya badik di badan, Bila takut seteru datang; Apa gunanya adik berpesan, Bila takut bertemu abang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Apabila pelita tidak berisi, Sumbu dipasang tidakkan nyala; Apabila manusia tidak berbudi, Seteru datang rosakkan nama. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Kata tua kata bermalu, Malu berbuat kerja menyalah; Hina bangsa kerana berseteru, Seteru membuang berpecah belah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Sifat perempuan berlemah lembut, Laku terbilang bercakap santun; Adat berjalan tuah mengikut, Seteru hilang hidup pun hilang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Pucuk kemiri dimakan ulat, Kayu yang kuat menjadi rapuh; Buruk negeri lupakan adat, Seteru dekat negeri pun runtuh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Jika menyukat tidak pandai, Tentu ditimbang tak sama berat; Jika adat tidak dipakai, Seteru datang laut dan darat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Bila batang tidak berakar, Tentulah tumbang jatuh ke tanah; Bila hutang tidak terbayar, Seteru datang musuh bertambah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Apabila padi tidak ditampi, Manakan tahu bernas dan hampa; Apabila janji tidak ditepati, Banyaklah seteru nahas pun tiba. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Apabila tiang tidak disimpal, Lambat-laun tentulah retak; Apabila orang rosak perangai, Laknat turun seteru pun banyak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Apabila bekal tidak penuh, Berjalan jauh tentulah susah; Apabila akal tidak senonoh, Kawan menjauh seteru bertambah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |