Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.u.mur] | سعمور

Definisi : 1. sama umurnya (dgn), sama tua, sebaya: budak itu ~ dgn adik saya; 2. sama lamanya, sama lama adanya, selama; ~ hidup selama hidup; ~ jagung a) setahun jagung, (jangka masa) tiga atau empat bulan; b) tidak lama, sekejap sahaja; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.u.mur] | سعمور

Definisi : sama umurnya; sebaya: ~ hidup selama hidup. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata seumur

Puisi
 

Kalau tuan berjalan kaki,
     Jika penat naik kereta;
Jangan sekali menurutkan hati,
     Seumur hati duduk bercinta.


Lihat selanjutnya...(13)

Pantun

PantunSumberTema
Apalah guna kasih setimbun, Eloklah kasih pengintai duduk; Apalah guna kasih setahun, Eloklah kasih seumur hidup.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Apa gunanya pasir sebumbun, Kalau tidak setinggi duduk; Apa guna kasih setahun, Kalaulah tidak seumur hidup.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Belah batang penjara padi, Rebah padi dipukul ribut; Adik saya datang ke mari, Tanda kasih seumur hidup.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Bersilat kami tidak ku pandai, Siraung kami berdiri duduk; Kasih menahun tidaklah ku pandai, Kasih kami seumur hidup.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Belah permatang mengalir pergi, Pasir Mak Bayu dipukul ribut; Sembahlah datang salam ke mari, Pohon kasih seumur hidup.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas