Kalau tak boleh mengkuang kutetak, Sia-sia mudik ke hulu; Kalau tak boleh muda kuhendak, Sia-sia memujuk guru. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Jika dayung tidak kuat, Sia-sia dibawa belayar; Jika kampung tidak beradat, Ke mana-mana nama tercemar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Mencari ilmu sampai ke lahad, Supaya hidup tak sia-sia; Terpuji Melayu memakai nasihat, Negara tertutup syurga terbuka. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Orang beradat taat setia, Dipercaya orang hulu dan hilir; Membuang adat hidup sia-sia, Bahaya datang gilir-bergilir. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Terbang burung berkawan-kawan, Hinggap mari tepi sempadan; Ayam togel kalau dilawan, Sia-sia ilmu di badan. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Dayang berkayuh ke Sungai Lampai, Rasaku kepenatan ke jari-jari; Jika niat tidak sampai, Sia-sia sahaja datang ke mari. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Daun selasih menimba ruang, Anak sia mati ditambat; Sudah berkasih ditinggal buang, Di dalam hatiku bertambat rimbat. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Belas kasih dari Paduka, Kasih jangan disia-sia; 16 September Sarawak merdeka, Sabah Sarawak menjadikan Malaysia. | Pantun Melayu Sarawak | Setia Bangsa |
Kalaulah batang menimpa dahan, Ditegakkan hujung tersia-sia; Kalaulah dibilang nikmat Tuhan, Takkan terhitung oleh manusia. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Riang-riang di Gunung Ledang, Hendaklah makan si umbut padi; Sialah-sia mata memandang, Belum dapat main tak jadi. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |