Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[siang.siang] | سياڠ٢

Definisi : lebih awal (drpd yg sepatutnya), tidak terlambat, cepat atau lekas: wah, ~nya dapat kad jemputan!; kedai telah ditutup ~-~ lagi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[siang.siang] | سياڠ٢

Definisi : lebih awal atau lebih cepat drpd yg sepatutnya; tidak terlewat dr waktu yg ditentukan: Datanglah ~ supaya dpt memilih barang-barang yg baik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata siang-siang

Puisi
 

Malam ini merendam jagung,
     Siang besok menumbuk serai;
Malam ini kita berkampung,
     Siang besok kita bercerai.


Lihat selanjutnya...(82)
Peribahasa

Siang bagai hari,
     terang bagai bulan.

Bermaksud :

Kesalahan yang sudah nyata sekali.

 

Lihat selanjutnya...(21)

205

The wheel of fortune is forever in motion

Nasib manusia tidak pernah tetap, yakni sentiasa berubah-ubah, ada kalanya baik dan ada kalanya buruk.

Hari tidak siang sahaja

During her heyday on the silver screen, she was the nation's top actress, and she basked in luxury and fortune. Unfortunately, the wheel of fortune is forever in motion, and the disaster struck after her twentieth film.

Ketika zaman kegemilangannya dalam industri perfileman, dialah pelakon wanita nombor satu Negara, dan dia dilimpahi kemewahan dan kekayaan. Malangnya, hari tidak siang sahaja , dan bencana datang selepas filemnya yang ke dua puluh.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(4)

Pantun

PantunSumberTema
Siang malam memotong kayu, Naik ke rumah badan pun letih; Abang dendam menanggung rindu, Adik gelisah menahan sedih.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Siang malam orang menjala, Tidak ingat hujan dan panas; Mengenang puan bagaikan gila, Kukirim surat tidak berbalas.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Siang malam orang menari, Sampai remuk rasanya badan; Kukenang puan dalam mimpi, Bagai pungguk merindu bulan.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Siang malam orang berjoget, Lupa makan tak ingat tidur; Mengenang orang hatiku sakit, Hamba datang tidak ditegur.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Bangun siang kerja terbuang, Banyak urusan tidak selesai; Ku mohon abang supaya datang, Hendak berpesan tiada sampai.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Waktu siang bermain galah. Kalau teruk dibawa gelak; Baru datang kain tersimbah, Dibawa duduk bertambah koyak.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Waktu siang bermain gasing, Siapa menang beradu pandai; Baru datang kain tersingsing, Disapa orang lalu terburai.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Waktu siang banyak merokok, Kerana banyak menerima tamu; Mahu meminang ketiak busuk, Bila ditolak tentulah malu.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Waktu siang tegak menuai, Hendak duduk lutut terkilir; Mau pulang awaklah cerai, Hendak rujuk takut disindir.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Luputlah siang malam berganti, Cahaya terang gelap menjadi; Tidak disangka sekali-kali, Kesemuanya adalah kehendak Ilahi.Kurik Kundi Merah SagaAgama
12345678910...

Kembali ke atas