| Pasang naik mencabut sauh, Sauh diangkat dihela talinya; Orang baik patut dicontoh, Dicontoh sifat mulia hatinya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
| Baik urat elok batangnya, Elok batang lebatlah daun; Baik adat elok orangnya, Elok orang sifat penyantun. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Baik urat elok batangnya, Elok batang ternpat berteduh; Baik adat elok orangnya, Elok orang sifat senonoh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Baik urat elok batangnya, Elok batang kuat dan kukuh; Baik adat elok orangnya, Elok orang sifat senonoh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Sifat muda suka berjalan, Hilir mudik mencari rezeki; Adat dijaga sempurna iman, Fikiran baik diri terpuji. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |