Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ®dikit. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sikit

Puisi
 

Ayam hutan terbang ke hutan,
     Sangkut sikit tali kemudi;
Daging bukan darah pun bukan,
     Sangkut sikit kerana budi.


Lihat selanjutnya...(12)
Peribahasa

415

Don't make a mountain out of a molehill

Membesar-besarkan sesuatu perkara atau masalah yang sebenarnya kecil atau remeh sahaja. (Peribahasa ini lazimnya dinyatakan kepada seseorang yang terlalu risau mengenai masalah kecil tetapi dianggapnya terlalu serius).

Laksana katak, sedikit hujan banyak bermain.

''I should not have lent you my motoycycle. Now, look what you have done! Mum will surely berate me forever. It must costly to repair it,'' the little brother complained. ''Come on, it's only a small scratch. Don't make a mountain out of a molehill. You dented my car the other day, and I did not even complaint!'' the big brother said.

''Menyesal aku beri kau pinjam motorsikal aku itu. Sekarang, tengok apa dah jadi! Mak tentu akan menghamun aku tak habis-habis. Tentu mahal nak membaikinya,'' rungut si adik. ''Alaihai, calar sedikit sahaja. Kalau ini laksana katak, sedikit hujan banyak bermain. Kau kemikkan kereta aku hari itu, aku tidak merungut sikit pun!'' kata si abang.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(4)

Pantun

PantunSumberTema
Makan sirih pinang gerada, Sikit kapur tambah gambir; Duduk dekat sama muda, Sikit bertutur banyak bersindir.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Ayam hutan terbang ke hutan, Sangkut sikit tali kemudi; Daging bukan darah pun bukan, Sangkut sikit kerana budi.Kurik Kundi Merah SagaBudi
Lagi tinggi lagi mengawan, Dapat sikit batu lebah; Abang pergi hati merawan, Hendak tinggal bukannya mudah.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Saya malas berumah tinggi, Dinding berlekuk tiang bertarah; Saya malas beranak tiri, Katuk sikit bapanya marah.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Sayang selasih di depan puan, Tidak niat hendak kupakai; Hatiku kasih padamu puan, Sikit tak ingat hendak kucerai.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Zaman emak mudik ke hulu, Ikan kekek makanan biawak; Zaman emak menjahit baju, Lekat sikit bawah ketiak.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Masa emak mudik ke hulu, Buat sunting bunga kenerak; Masa emak buat baju, Bubuh sikit bawah ketiak.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Orang meranik pulang ke rumah, Pulang rumah jauhlah ke darat; Budak ini memang beroleh, Sikit bercinta melayang surat.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kayu ara buat apung, Tetak duri tanah bukit; Kalau abang jauh kampung, Mari sini awal sikit.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Terbang merak Kuala Jengal, Terbang hinggap atas bukit; Tuan hendak mudah kenal, Angkat muka senyum sikit.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
12

Kembali ke atas