Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[si.la.lah] | سيلاله

Definisi : minta dgn hormat supaya ..., jemputlah, sudilah: ~lah, kekanda; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[si.la.lah] | سيلاله

Definisi : kata utk menjemput orang masuk, naik ke rumah dsb; sudikanlah; jemputlah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata silalah

Puisi
 

Kapal puan berisi manik,
     Jambu air tepi perigi;
Tuan datang silalah naik,
     Ambil air pembasuh kaki.


Lihat selanjutnya...(9)

Pantun

PantunSumberTema
Banyak tumbuh pohon di sini, Encik Anjang orang berbudi; Silalah makan hidangan ini, Mana yang kurang jangan dikeji.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Kapal puan berisi manik, Jambu air tepi perigi; Tuan datang silalah naik, Ambil air pembasuh kaki.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Bagaimana mencucuk manik, Manik dicucuk di pagi hari; Abang adik silalah naik, Itu air membasuh kaki.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Bila riak bilalah pasang, Bila melajak atas perahu; Bila teriak abang datang, Silalah masuk kita bertemu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Ceriti pinang ceriti, Cerana di atas papan; Sirih ini sirih pengganti, Kalau sudi silalah makan.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Kalau mengutip bunga di taman, Bunga melur ada duri; Siapa dia orang di laman, Silalah naik kalau sudi.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Sutera ini sutera gulungan, Mari letak di atas meja; Surat ini surat kiriman, Kalau rindu silalah baca.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Obor-obor digulai lemak, Jintan selasih di bawah batang; Paya lumpur hutan pun semak, Jikalau kasih silalah datang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas