Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
silat (kata nama)
Bersinonim dengan pencak, seni mempertahankan diri;,
Kata Terbitan : bersilat, pesilat,

Peribahasa

Sehabis kelahi teringat silat.

Bermaksud :

Setelah pekerjaan selesai baru teringat akan apa-apa yang baik untuk mengerjakan pekerjaan tersebut.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Pantun

PantunSumberTema
Gerak silat gerak pahlawan, Malam bulan dipagar bintang; Kera di hutan disusukan, Ayam di reban mati di kandang.Pantun Melayu SarawakBudi Rampaian
Kalau selalu bermain silat, Lambat-laun jadi hulubalang; Kalaulah malu bekerja berat, Lambat-laun mati berhutang.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Kalau selalu bermain silat, Lama-lama jadi pendekar; Kalaulah malu bekerja berat, Lama-lama kan rugi besar.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Payah sungguh bermain silat, Kerana guru terlalu keras; Sudah berpuluh kukirim surat, Tiada satu yang adik balas.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Ke mana lagi bermain silat, Orang sibuk bersepak raga; Ke mana lagi kukirim surat, Abang merajuk entah ke mana.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Untuk apa berpagar rapat, Supaya tidak dimasuki babi; Untuk apa belajar silat, Supaya tidak dibodohi laki.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Sejak merasa buah pinang, Banyak limau terasa kelat; Sejak rusa membuka gelanggang, Banyaklah harimau belajar silat.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Sejak beruk menangkap ayam, Banyaklah kera memberi nasihat; Sejak datuk merayap malam, Banyaklah betina belajar silat.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka

Kembali ke atas