Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sim.pai] | سيمڤاي

Definisi : gelang-gelang (lingkar, bingkai) drpd rotan dll utk mengikat penyapu (meneguhkan sarung parang dll): ia berkata sambil mem­betul-betulkan ~ penyapunya; bersimpai diikat dgn simpai; siku ~ ki pemalas; bersimpaikan menggunakan sesuatu atau diikat dsb dgn, sesuatu sbg simpai: sebilah parang panjang ~ rotan; menyimpai memasang (membubuh) simpai; tersimpai 1. telah diikat dgn simpai (penyapu dll); 2. ki terikat dgn ketat dan kemas. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sim.pai] | سيمڤاي

Definisi : Mn sj kera, cipai, Semnopithecus melalophos. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sim.pai] | سيمڤاي

Definisi : 1 gelang-gelang drpd rotan dll yg digunakan utk mengikat penyapu lidi dsb. 2 bahagian pd mesin yg digunakan utk melaraskan sesuatu. me­nyimpai memasang simpai; me­ngenakan simpai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
simpai (kata nama)
Bersinonim dengan temin, gelang-gelang, bingkai.,


Pantun

PantunSumberTema
Tali jerami simpai selapis, Guna pengikat tataran lembing; Hatiku ini bagai diiris, Bila melihat tuan berpaling.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Ujung tiang diberi simpai, Elok caranya tiangkan kuat; Untung malang menjadi lebai, Pendek doanya orang mengumpat.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Usahkan menyimpai kepala tiang, Simpai galah abang simpaikan; Usahlah mengunkai di tangan orang, Di tangan Allah abang ungkaikan.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Awas-awas menyimpai damar, Salah simpai tali berjurai; Awas-awas memakai seluar, Salah pakai pasti terburai.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Betul ikat betul simpainya, Betul simpai baru dipasang; Betul adat betul perangainya, Betul perangai didahulukan orang.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Lain pahat lain bajinya, Lain baji lainlah simpai; Lain adat lain kajinya, Lain kaji lainlah curai.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Sayang keladi rasanya gatal, Hingga tak jadi dibuat gulai; Abang pegi adinda tinggal, Jagalah janji yang kita simpai.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas