Singgah juga di Bandar Miri, Di jalan raya berjual ragi; Kelak dikenang di belakang hari, Budaya kita dijulang tinggi. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Singgah sebentar di Tanjung Puteri, Sri Aman ke Kuala Baram, Tidak menyesal di belakang hari, Hidup aman lagi tenteram. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Singgah membeli kuih tabaloi, Goreng pisang goreng sotong, Penat berkerja tidak berbaloi, Kerja tidak mendatang untung. | Pantun Melayu Sarawak | Berniaga |
Singgah sebentar ke Kuala Kuah, Hendak membeli buah bidara; Kerajaan Malaysia sungguh pemurah, Segala kebajikan dihulur segera. | Pantun Melayu Sarawak | Budi |
Singgah berlabuh di Tanjung Jati, Nakhodanya pakai si baju merah; Berasa berkenan di dalam hati, Abang nak tegur takut dimarah. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Dari Brunei singgah ke Landih, Singgah sebentar di Pekan Siniawan; Hendak mencari purih-ambih, Hendak mengenal asal keturunan. | Pantun Melayu Sarawak | Setia Bangsa |
Yang singgah diajak berbual, Nasi ditanak gulai disenduk; Orang nikah awak yang kesal, Bininya budak lakilah bongkok. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Yang singgah diajak duduk, Duduk merokok saling bertanya; Orang nikah awak yang mabuk, Mabuk menengok juling matanya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Yang singgah diajak makan, Makan minum memuaskan tekaknya; Orang nikah awak yang pengsan, Pengsan mencium bau ketiaknya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Yang singgah diajak bermalam, Duduk berangin di selasar tinggi; Orang nikah awak yang demam, Menengok pengantin sebesar gergasi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |