Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sirih

Puisi
 

Nenek Lowek menjual sirih,
     Sirih dijual Jambatan Panjang;
Cantik molek kami tak pilih,
     Asallah jangan mata keranjang.


Lihat selanjutnya...(132)
Peribahasa

Sirih pulang ke gagangnya.

Bermaksud :

Kembali ke tempatnya.

 

Lihat selanjutnya...(22)


Pantun

PantunSumberTema
Bukan sirih sebarang sirih, Sirih berlipat bunga rampai; Bukan sedih sebarang sedih, Sedih mengingat kita berceraiKhazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Banyak sirih perkara sirih, Sirih ini berdaun hati; Banyak kasih perkara kasih, Kasih ini meracun hati.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Kamek mencuba sirih, Sirih dijual jambatan panjang; Cantik molek kamek tak pilih, Kasarlah jangan resmi orang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Nenek Lowek menjual sirih, Sirih dijual Jambatan Panjang; Cantik molek kami tak pilih, Asallah jangan mata keranjang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Dayak Hulu berjual sirih, Sirih dijual sebalung suang; Lagi dahulu tuan memilih, Sekarang ini duduk seorang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Cak royak makan sirih, Sirih ada dalam padi; Rupa elok tak payah pilih, Ikut suka dalam hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Apek Luek memakan sirih, Sirih dijual jambatan panjang; Cantik molek kami tak pilih, Syukur jangan mata keranjang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Ambil pisau pengait sirih, Sirih ada di tengah laman; Jangan sesal tidak boleh, Kerana tidak ada pertemuan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Sirih saya sirih Cina, Sirih datang dari Kuantan; Cincin saya cincin bertanya, Ada tidak menaruh intan.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Kalau tak boleh sirih Cina, Sirih di darat kuambil juga; Jika tak boleh atas dunia, Di dalam akhirat kuambil juga.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
12345678910...

Kembali ke atas