Sisi bukan sebarang sisik, Sisik belida memutus jala; Cantik bukan sebarang cantik, Cantik membawa hatiku gila. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Lembut lemak sisi bemban, Terendak ikan letak di paya; Lemak lemah sirih digenggam, Hendak diunjuk emaknya ada. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Sapu tangan tepi dikelim, Mari kelim sisi belalang; Sirih pinang boleh dikirim, Nak kirim bukannya barang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Biarlah pahat bermata parang, Asalkan badik besi bertuah; Biarlah jahat di mata orang, Asalkan baik di sisi Allah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |