Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[si.si/] | سيسيق

Definisi : 1. lapisan kulit yg berkeping-keping (pd ikan, ular, kaki ayam, dll): memang tuah ayam dan burung dapat dilihat drpd ~nya, tetapi tuah manusia siapa tahu; 2. ki corak atau ragam: engkau semua masih mentah, tidak mengenal ~ manusia; kurang ~, tinggal lidi di buku, kurang selidik, tinggal kaji di guru prb kalau kurang hati­hati bekerja atau berusaha tidak ada hasilnya; minta ~ pd limbat prb menghendaki sesuatu yg tidak mungkin dapat; bersisik ada sisiknya, mempunyai sisik: dgn takdir Allah, dapatlah seekor ikan ~ emas bermatakan intan; menyisik, menyisiki 1. membuang sisik (dr ikan dll); 2. meraut buluh (lidi dll) supaya licin; 3. melihat tuah ayam sabungan pd sisik di kakinya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[si.si/] | سيسيق

Definisi : ; ~ keli = ~ naga bukit = ~ tenggiling sj tumbuhan (pokok kecil), Polychroa repens; ~ naga = ~ tenggiling sj tumbuhan (herba), Desmodium triflorum; ~ penyu = ~ puyuh sj tumbuhan (pokok), Caralia suffruticosa; rumput ~ naga sj tumbuhan (herba), Desmo­dium heterophyllum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[si.si/] | سيسيق

Definisi : lapisan kulit yg berkeping-keping spt yg terdapat pd ikan dll. menyisik 1 membuang sisik ikan. 2 meraut buluh dll supaya licin. 3 melihat tuah ayam pd sisik kakinya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sisik

Puisi
 

Orang menyabung di balik buluh,
     Ayam jalak sisik berduri;
Intan di gedung emas sepuluh,
     Jatuh terpijak habis sekali.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Minta sisik pada limbat.

Bermaksud :

Ingin kepada barang yang tak mungkin diperoleh. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Menghendakkan cirit harimau tergantung di ekornya, b. Menghendaki pucuk alu, c. Menghendaki urat lesung, d. Minta pucuk pada alu).

 

Lihat selanjutnya...(7)


Pantun

PantunSumberTema
Sisik bukan sebarang sisik, Sisik ayam membawa tuah; Cantik bukan sebarang cantik, Cantik merendam hati yang gundah.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Sisi bukan sebarang sisik, Sisik belida memutus jala; Cantik bukan sebarang cantik, Cantik membawa hatiku gila.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Apa lebih kepada belida, Sisik ada tulang pun ada; Tak dak lebih darimu dinda, Bahasa ada rupa pun ada.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Orang menyabung di balik buluh, Ayam jalak sisik berduri; Intan di gedung emas sepuluh, Jatuh terpijak habis sekali.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Panas sungguh hari ini, Pandang ke langit sisik tenggiling; Marah sungguh tuan ini, Saya datang hadap ke dinding.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Pergi ke hutan pasang pelantik, Jaga denai tempat lalu; Tuah ayam tengok sisik, Tuah orang mana tahu.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Pergi ke sana bulan mengambang, Menangkap ikan dalam telaga; Lemak telur berlinang-linang, Sisik terlekat pada dada.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa

Kembali ke atas