Banyaklah solat di bulan Ramadan, Bulan puasa umat Islam; Banyaklah sahabat menjadi teladan, Teladan utama sahabat Muhammad. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Banyaklah solat di hari Jumaat, Solatnya dapat bersama-sama; Banyaklah sahabat Nabi Muhammad, Sahabat berempat paling utama. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Baju merah saga, Solat hari Jumaat; Ibu kami jaga, Hingga akhir hayat. | Pantun Melayu Sarawak | Kiasan |
Azan subuh menyeru solat, Orang berduyun pergi ke surau; Badanku lumpuh menunggu surat, Abang bertahun pergi merantau. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Apabila hari sudah subuh, Dirikan solat dengan segera; Apabila laki suka bergaduh, Memberi ingat jangan mencerca. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Waktu subuh orang terjaga, Sudah solat pergi berburu; Malu sungguh abang ke sana, Kukirim surat ganti tubuhku. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Azan bukan sebarang azan, Azan menyeru orang solat; Pesan bukan sebarang pesan, Pesan rindu kukarang surat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |