Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. hormat (segan, takzim) dgn tatatertib: jangan kurang ~ di hadapannya; 2. baik budi bahasanya, tahu tertib peraturan, beradab: suaranya lembut dan ~; kau memang kasar dan tidak ~; 3. baik perangai dan kelakuannya (tidak cabul atau lacur): perempuan hendak­lah sepanjang masa ~ dr segenap segi; 4. sl berasa segan (takut, gentar, ngeri) akan: tiada hamba peduli dan ~ akan raksasa itu; bukanlah Raja itu besar namanya dan se­gala seteru pun tiada ~ akan dia; bersopan berbudi bahasa, beradab: orang kampung memang ~ kpd orang luar; menyopani 1. berlaku sopan terhadap, menghormati; 2. = mengesopani sl berasa takut (gentar, segan) akan: tiada siapa yg dikesopaninya dan dibilangkannya hanya Belia Raja; menyopankan mendidik (mengajar, me­ngasuh, dll) supaya menjadi sopan, meng­adabkan; kesopanan 1. perihal sopan (tingkah laku, tutur kata, dll): gambar yg membayangkan ~ seorang gadis desa; 2. adat sopan santun, tatasusila, tingkah laku (tutur kata) yg baik: perbuatan kita sudah melanggar ~ timur; 3. keadaban, peradaban; ketaksopanan keadaan tidak sopan: nilai­-nilai ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 baik budi bahasanya; baik perangai dan tingkah lakunya; beradab: Jika ada tetamu datang, kamu hendaklah sentiasa ~. 2 hormat dan takzim: Tetamu itu disambutnya dgn ramah-tamah lagi ~. bersopan berlaku sopan: Kita hendaklah sentiasa ~. menyopankan menjadikan sopan: Mereka berusaha ~ remaja bermasalah itu. kesopanan keadaan atau hal sopan; tutur kata (tingkah laku dll) yg sopan: Perbuatan mereka sudah melanggar ~ timur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Anjunglah Siam patah kemudi,
     Ambil paku lantak di papan;
Diamlah diam tidak berbunyi,
     Lupalah malu bertepuk sopan.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

497

When in Rome, do as the Romans do

Apabila berada di tempat atau Negara orang, kita haruslah mengikut aturan atau kebiasaan yang diamalkan di situ.

Masuk kawan ayam berkokok

You should take off your shoes when entering a house because in this country, it's considered impolite not to. When in Rome, do as the Romans do!

Kita haruslah membuka kasut apabila memasuki rumah orang kerana di negara ini, kita dianggap kurang sopan jika tidak berbuat demikian. Masuk kawan ayam berkokok!

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(12)

Pantun

PantunSumberTema
Adat resam kata orang, Bergaul sopan berbaik laku; Adat faham lembaga terang, Memikul beban tiada malu.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Elok kain benangnya rapat, Bila rapat sopan dipakai; Elok pemimpin memegang adat, Bila beradat kehidupan damai.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Kalau memakai kain pelekat, Pergi berjamu ditengok sopan; Kalau pandai memimpin umat, Negeri maju penduduk pun aman.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Apabila merasa hendak makan, Bawalah beras tanaklah nasi; Bila meminta hendaklah sopan, Supaya ikhlas orang memberi.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Kata adat kata berumpun, Berumpun kepada petuah amanah; Ada adat terbawa santun, Sopan santun membawa maruah.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Jangan disingkap tabir luanga, Raden Galuh bersila panggung; Jangan diturut hati dahaga, Sopan didapat malu ditanggung.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Bukan mudah orang berhelat, Siapkan makan untuk jamuan; Bukan mudah memegang adat, Beradab sopan barang kelakuan.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Apa tanda pisang dipengat, Berkuah santan manis rasanya; Apa tanda orang beradat, Berkata sopan manis mukanya.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Halal dipakai batil dibuang, Iman dan takwa kepada Allah; Besarnya pandai kecil terbilang, Sopan santun tiada menyalah.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Anjunglah Siam patah kemudi, Ambil paku lantak di papan; Diamlah diam tidak berbunyi, Lupalah malu bertepuk sopan.Kurik Kundi Merah SagaAdat
12

Kembali ke atas