Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[so.tong] | سوتوڠ

Definisi : sj ikan gurita (ikan tinta, cumi-cumi); ~ gurita sj sotong, Octopus spp.; ~ katak sj sotong, Sepia spp.; ~ mengabang, Sepio­teuthis lessoniana; ~ kering a) sotong yg di­keringkan; b) ki orang yg kurus benar; c) ki orang yg penakut, pengecut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[so.tong] | سوتوڠ

Definisi : nama sj binatang lunak yg bersesungut panjang dan bertulang satu; ikan gurita; ikan tinta, Sepia spp.. ~ kering a. sotong yg telah dikeringkan. b. ki orang yg sangat kurus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sotong

Puisi
 

Cekur manis makanan sotong,
     Sotong mati di Tanjung Karang;
Hamba menangis mengenangkan untung,
     Untung nak mati di negeri orang.


Lihat selanjutnya...(5)

Pantun

PantunSumberTema
Pucuk manis makanan sotong, Sotong mandi di padang seberang; Saya menangis mengenangkan untung, Untung nak mati di kampung orang.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Cekur manis makanan sotong, Sotong mati di Tanjung Karang; Hamba menangis mengenangkan untung, Untung nak mati di negeri orang.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Cekak manis makanan sotong, Sotong nak mati ditimpa ruang; Tarik nafas tergantung-gantung, Terkenang diri dikeji orang.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Cik Rasip beli sotong, Bawa pulang lalu dibasuh; Nasib tuan tidak beruntung, Lain tanam lain tumbuh.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Putus tali mengail sotong, Ikan todak disambar buaya; Putus hati hendak bergantung, Tuan tak hendak apakan daya.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Singgah membeli kuih tabaloi, Goreng pisang goreng sotong, Penat berkerja tidak berbaloi, Kerja tidak mendatang untung.Pantun Melayu SarawakBerniaga

Kembali ke atas