Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
suara (kata nama)
1. Bersinonim dengan bunyi: nada, sora,

2. Bersinonim dengan ucapan: perkataan, percakapan, kalimah, tutur,

Kata Terbitan : bersuara, menyuarakan,

Puisi
 

Hilir perahu dari seberang,
     Dengar suara ayam berkokok;
Kalau dah tahu harimau garang,
     Pasang jerat di pangkal pokok.


Lihat selanjutnya...(13)
Peribahasa

Bagai perian pecah.

Bermaksud :

Suara yang tidak merdu. perian = tabung bambu untuk membawa air.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Pantun

PantunSumberTema
Sungguh merdu suara seruling, Orang teringat ke masa lalu; Sungguh pemalu betina juling, Memandang tepat ia tak mahu.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Gegap gempita suara gendang, Muzik berperang di masa silam; Gelap rasanya dunia abang, Adik kupandang bermuka masam.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Gegap gempita suara penyanyi, Muzik seronok biola dan rebab; Gelaplah rasanya dunia ini, Adik merajuk tiada bersebab.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Berdodoi-dodi berkawan kawan, Elok suara tidak terperi; Aduhai cucu anak bangsawan, Ingatlah nasihat yang nenek beri.Pantun Melayu SarawakNasihat
Orang Kesang pergi Merlimau, Dengar suara ayam berkokok; Cik tuan musang saya rimau, Kalau kukejar panjat pokok.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Hilir perahu dari seberang, Dengar suara ayam berkokok; Kalau dah tahu harimau garang, Pasang jerat di pangkal pokok.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Duduk beramai mengucap zikir, Begitu merdu suara Tok Aki, Sungguh malang nasib Pak Tahir, Dapat kerbau tidak berkaki.Pantun Melayu SarawakNasib
Orang menjala di tepi pantai, Dengar suara ayam berkokok; Kalau pandai menjaga tupai, Bilakah rosak buah di pokok.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Pergi mengaji berbaju jubah, Mengangkat takbir suara jahat; Dulu janji tidak berubah, Mahunya besi lagi melarat.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Muara batu berumput, Kelekati gilang gemilang; Suara saja terluput, Dalam hati manakan hilang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
123

Kembali ke atas