Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
sudah (kata tugas)
1. Bersinonim dengan habis: selesai, siap, beres, berakhir, tamat, usai,

2. Bersinonim dengan telah berlaku: telah berlalu, lepas, lampau, silam,

Kata Terbitan : sudahnya, sesudah, menyudahi, menyudahkan, kesudahan, berkesudahan, kesudah-sudahannya, penyudahan, penyudah,

Puisi
 

Mudik ke hulu menyusur duri,
     Orang mengetam musim bah;
Duduk kita fikirkan diri,
     Kasih sayang sudah berubah.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Sudah berkata satu.

Bermaksud :

Tidak berubah daripada yang telah diucapkan.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Pantun

PantunSumberTema
Bagaimana tali tidakkan kusut Dipegang saja tidak dapat; Bagaimana janji akan kuikut, Abang sudah berubah niat.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Bunga ros dalam pasu, Mari tudung dengan kain; Janji tuan janji palsu, Janji sudah berubah lain.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Mudik ke hulu menyusur duri, Orang mengetam musim bah; Duduk kita fikirkan diri, Kasih sayang sudah berubah.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Sudah lama tidak ke rimba, Pandan berbuah sudah kini; Sudah lama tidak berjumpa, Badan berubah sudah kini.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Encik Man tukang kepiah, Kepiah beludu jahit sehari; Kepada tuan tidak berubah, Sudah dituju di jantung hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Sudah lama tidak ke rimba, Balam beranakkan anak merbah, Hinggap di daun bersela-sela; Sudah lama tidak berjumpa, Dendam tidak akan berubah, Dianggap baru bagai semula.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Zaman kini berubah jauh, Jantan betina sama serupa; Idaman hati sudah menjauh, Badan merana sukma hampa.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Walaupun buluh sudah berebung, Bukunya tidakkan mahu patah; Walaupun tubuh hamba dipancung, Cintaku tidak akan berubah.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Sayang Serani Cina ulaman, Sedikit tidak berbuah lagi; Sudah berjanji berpegang tangan, Sedikit tidak berubah hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Sayang keranji di tengah halaman, Disangka tidak berbuah lagi; Sudah berjanji berpegang tangan, Diharap tidak berubah hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
12

Kembali ke atas