Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
sudah (kata tugas)
1. Bersinonim dengan habis: selesai, siap, beres, berakhir, tamat, usai,

2. Bersinonim dengan telah berlaku: telah berlalu, lepas, lampau, silam,

Kata Terbitan : sudahnya, sesudah, menyudahi, menyudahkan, kesudahan, berkesudahan, kesudah-sudahannya, penyudahan, penyudah,

Puisi
 

Sudah lama tidak ke ladang,
     Habislah kangkung melilit padi;
Sudah lama saya tak pandang,
     Habislah jantung melilit hati.


Lihat selanjutnya...(39)
Peribahasa

Menggaru luka lama.

Bermaksud :

Perselisihan yang sudah lama selesai kalau diingat-ingatkan kembali akan berbangkit semula.

 

Lihat selanjutnya...(13)


Pantun

PantunSumberTema
Sudah lama merendam selasih, Barulah kini mahu mengembang; Sudah lama kupendam kasih, Barulah kini bertemu pandang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Sudah lama kami menebang, Tidak mendengar tumbang kayu; Sudah lama kami memandang, Tidak menengok abang lalu.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Sudah lama berikat pinggang, Ikat pinggang rambu berjurai; Sudah lama adat dibilang, Adat dibilang lalu dipakai.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Sudah lama tidak ke ladang, Tinggi rumput dari padi; Sudah lama tak tengok abang, Rasa luluh di dalam hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Sudah lama tidak ke ladang, Habislah kangkung melilit padi; Sudah lama saya tak pandang, Habislah jantung melilit hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Sudah lama tidak ke ladang, Lebih padi dari kangkung; Sudah lama tidak terpandang, Hati beramuk dengan jantung.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Sudah lama tidak ke rimba, Balam beranakkan anak merbah, Hinggap di daun bersela-sela; Sudah lama tidak berjumpa, Dendam tidak akan berubah, Dianggap baru bagai semula.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Bagaimana lagi hendak berhelat, Pengantin sudah lama menghilang; Bagaimana kami hendak mendekat Perjanjian sudah lama dibuang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Sudah lama tidak ke rimba, Pandan berbuah sudah kini; Sudah lama tidak berjumpa, Badan berubah sudah kini.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Papan saya papan berkerat, Sudah lama saya tempakan; Harapan saya dengan hasrat, Minta tuan jangan hampakan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
12345678

Kembali ke atas