Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : a) girang (senang) hati, sukacita; b) kehendak (kemahuan) hati; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : (berasa) senang hati; (berasa) gembira; girang: Aku tidak ~ tinggal di kampung ini. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
suka
1. Bersinonim dengan gembira
( girang, suka ria, senang hati, riang, sukacita, )
(adjektif:)
Berantonim dengan duka

2. Bersinonim dengan mudah
( kerap, kerap kali, sering, sering kali, acap-acap, acapkali, nyalar, sentiasa, selalu, )
(adverba:)
Berantonim dengan jarang

3. Bersinonim dengan gemar
( mahu, ingin, berminat, rela, sudi, berkenan, sualak, kasdu, gegek, solak, amuh, )
(kata kerja:)
Berantonim dengan benci

4. Bersinonim dengan sayang akan
( cinta akan, berminat, kama, hubah, semara, )
(kata kerja:)
Berantonim dengan benci

Kata Terbitan : bersuka-suka, bersuka-sukaan, menyukai, menyukakan, sukaan, kesukaan, sukacita, bersukacita, menyukacitakan,

Puisi
 

Kalau ada kereta api,
     Pergi ke Panggor membeli benang;
Sudah suka hati,
     Perut kosong menjadi kenyang.


Lihat selanjutnya...(21)
Peribahasa

Terlampau duka terurah buntil,
     terlampau suka terurah rahsia.

Bermaksud :

Hendaklah bersikap sederhana dan hati-hati dalam segala hal (baik waktu duka mahupun waktu suka). urah = bongkar, urai; buntil = kantung daripada kain.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Pantun

PantunSumberTema
Tiup api bersama kunang, Hendak membakar ikan terubuk; Suka hati orang bertunang, Bagai ikan pulang ke lubuk.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Kalau ada kereta api, Pergi ke Panggor membeli benang; Sudah suka hati, Perut kosong menjadi kenyang.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Baik-baik jaga pedoman, Kapal belayar puting anak; Sudah kembang bunga di taman, Suka hati kumbang yang banyak.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Jangan suka mandi berendam, Lama-lama tak dapat bangkit; Jangan suka hati berendam, Lama-lama jadi penyakit.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Jika dilurut padi manila, Buah rontok menjadi sambang; Kalau kuturut hati nan suka,suka/ikut Hujunglah hujung mengikut pulang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kain putih panjang berela, Jahit mari benang kasturi; Hati suka main berdua, Orang luar apa peduli.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Apabila kaki terkena duri, Dibawa berjalan terasa nyilu; Apabila hati suka mengiri, Bila berkawan banyak seteru.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Kalau kulurut padi manila, Burung merenung menjadi kumbang; Kalau kuturut hati suka, Kupujuk-pujuk bawa pulang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Tebang daun dua pelepah, Singgah menumpang sungai dua; Sepuluh kali emak menegah, Hati suka bermain juga.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Tukang kayu suka berdikat, Suka berdikat masuklah dia; Tuan bercinta belayar surat, Itulah tanda hati setia.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
123

Kembali ke atas