Bermain suka-suka, Bermain bola-bola; Kamu mahu merdeka, Sampai bila-bila. | Pantun Melayu Sarawak | Setia Bangsa |
Asam cuka si ramania, Pancukan baginda Ali; Suka-suka di dalam dunia, Qadak hidup dua kali. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
Kelapa muda muda juga, Kelapa tua dibuat inti; Suka suka juga, Sembahyang kita jangan dihenti. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
Cuka-cuka beli di bandar, Simpan makan dalam perahu; Suka-suka mahu belajar, Tidak belajar mana tahu. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Jika dilurut padi manila, Buah rontok menjadi sambang; Kalau kuturut hati nan suka,suka/ikut Hujunglah hujung mengikut pulang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Tukang kayu suka berdikat, Suka berdikat masuklah dia; Tuan bercinta belayar surat, Itulah tanda hati setia. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Pergi ke darat mencari nangka, Baik-baik pijak duri; Kalaulah suka sama suka, Orang lain apa peduli. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Orang Jawa hilir ke kuala, Beli kain selepas Bali; Adik suka abangpun suka, Boleh kita mengikat janji. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Suka duka malam menjelang, rahmah makan tidak bergulai; Jika belajar alang kepalang, Eumah terbakar kampung tergadai. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Suka duka orang berniaga, Untung setahil rugi sekati, Luka lama berdarah semula, Rindu berbisik di sudut hati. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |