Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
suku
Rujuk :kaum

Peribahasa

Kalau bersahabat cari sama babat.

Bermaksud :

Pilihlah kawan daripada golongan sendiri. babat = pasang, suku, golongan.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Pantun

PantunSumberTema
Mulia suku adatnya kukuh, Dipegang tidak dapat diungkai; Bila bersatu umat kan teguh, Sebarang kehendak cepat dicapai.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Mulia suku adatnya kukuh, Barang ke mana selalu dipakai; Bila bersatu umat kan teguh, Sebarang kerja tentu selesai.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Mulia suku adatnya kukuh, Tegaknya tetap tidak berubah; Bila bersatu umat kan teguh, Retaknya tidak membawa belah.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Mulia suku adatnya kukuh, Zaman beralih tetap dipakai; Bila bersatu umat dan teguh, Hilang selisih hidup pun damai.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Mulia suku adatnya kukuh, Kukuh tidak berganjak lagi; Bila bersatu umat kan teguh, Musuh mengelak bala pun pergi.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Mulia suku adatnya kukuh, Iman kuat negara pun aman; Bila bersatu umat kan teguh, Beban berat menjadi ringan.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Mulia suku adatnya kukuh, Adat jangan dibawa cabul; Bila bersatu umat kan teguh, Berat ringan sama dipikul.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Dia beli sakin tiga suku, Kan diambil bak ambar jalan; Mande kandung duduk di pintu, Melihat anak kan berjalan.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Tabiat Melayu suka bergaul, Tidak membilang suku dan bangsa; Sepakat Melayu sama setukul, Sakit senang sama dirasa.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Adat resam kata orang, Bergaul tidak membilang suku; Adat faham pusaka terang, Betul tegak terbilang laku.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat

Kembali ke atas