Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[su.lah] | سوله

Definisi : 1. berdahi luas: yg lelaki sederhana besar badannya, separuh umur, dan ~ kepalanya; 2. botak, gondol; bangau ~ sj bangau yg botak kepalanya; gunung ~ gunung yg gondol; lada ~ lada putih. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.lah] | سوله

Definisi : tidak berambut atau botak pd sebahagian kepala (khususnya pd ba­hagian atas dahi). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sulah (adjektif)
1. Bersinonim dengan berdahi luas: jendul

2. Bersinonim dengan botak: gondol.



Pantun

PantunSumberTema
Anak kokah menjala lalat, Disepak kijang tumbang berdebin; Awak sulah kepala berkilat, Banyak orang datang bercermin.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Tujuh takuk tujuh terbelah, Tekuk bagai tandan mumbang; Sungguh elok kepala sulah, Bentuk bagai bulan mengambang.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Waktu menteri berdagang mangkuk, Kerana terlapah semuanya pecah; Pilulah hati memandang datuk, Kepalalah sulah kerja bertambah.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka

Kembali ke atas