Berjurai elok sulaman asli, Sama tengah sulaman tekat; Dipakai untuk pegangan diri, Di sanalah tuah akan melekat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Sama tengah sulaman tekat, Tekat berantak anak Melayu; Di sanalah tuah akan melekat, Melekat sampai ke anak cucu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Baju putih panjang sulaman, Untuk dipakai berjalan lalu; Adik kasih abang tak nyaman, Badan celaka membuat malu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Sutera ini sutera sulaman, Ambil dibuat pengilat kaca; Surat ini surat kiriman, Kalau nak tahu cubalah baca. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Untuk apa membeli renda, Untuk memperindah sulaman; Untuk apa berbini janda, Untuk menambah pengalaman. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Ikat pinggang rambut berjurai, Berjurai elok sulaman asli; Adat dibilang lalu dipakai, Dipakai untuk pegangan diri. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |