Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sulit;

Peribahasa

Berkelahi dalam kepuk.

Bermaksud :

Sesuatu perkara yang sulit diselesaikan (susah dan sukar).

 

Lihat selanjutnya...(26)


Pantun

PantunSumberTema
Sulit sungguh mencari kerang, Kerang dicari disela batu; Sakit sungguh menanti abang, Abang dinanti tak mahu tahu.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Sulit sungguh memotong kayu, Apabila keras tangan pun sakit; Sakit sungguh menanggung rindu, Dunia yang luas terasa sempit.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Bila berburu tidak beranjing, Tentulah sulit mendapat rusa; Bila berguru tidak dibimbing, llmu sedikit manfaat tak ada.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Yakin menjala banyaklah ikan, Tidak terasa sulit dirumah; Hatiku gila menengok puan, Hendak menyapa tergigit lidah.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Ada untungnya membeli pasu, Pecahnya tidak sulit berganti; Ada untungnya berbini bisu, Marahnya tidak memaki-maki.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Zaman bukan sebarang zaman, Zaman gelap hidup pun sulit; Makan bukan sebarang makan, Makan suap perut pun buncit.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Ke bukit membeli mangkuk, Mangkuk dibeli buah berangan; Sukar sulit burung kan masuk, Burung biasa makan di tangan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Yang ke bukit sama mendaki, Bila ke lurah masing-masing; Sedang sulit sama mencari, Sudah mewah tak ambil pusing.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Apabila kuat berjaja ikan, Setiap hari mendapat duit; Apabila taat membela kawan, Ke mana pergi tidakkan sulit.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Air keruh ikan pun mati, Untuk menjadi datang penyakit; Hati rusuh badan pun lesi, Duduk mengaji tentulah sulit.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat

Kembali ke atas