Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. tidak mematuhi adat (kebiasaan, kesopanan, dll), melanggar adat, tidak sopan: dia telah melakukan sesuatu yg ~ pd mata dan pengertian masyarakat kampung; kalau kita tidak suka lagi mematuhi adat ini tidak­kah kita dipandang ~ oleh orang ramai?; anak ~ anak luar nikah, anak haram; 2. salah atau silap (sesuatu perbuatan dll), keliru; langkah ~ tersilap langkahnya (dlm silat); tegak ~ terkeliru tegaknya (dlm silat); 3. tidak sedap didengar atau dilihat (bunyi-bunyian, perbuatan, kelakuan, dll), tidak seimbang atau tidak setara, janggal, palsu, sember; suara ~ a) suara yg tidak sedap didengar, sember; b) ki percakapan bermusuh-musuhan; ~ balai melintang berzina dgn orang yg tidak boleh dikahwini (pd agama atau adat); ~ kadim bermukah dgn keluarga yg rapat; ~ kelaku­annya buruk lagi keji kelakuannya; ~ langkah a) = langkah ~ tersilap langkah (dlm silat); b) tersalah perbuatan atau gerak-geri, tidak senonoh (perbuatan); ~ mahram perlakuan zina yg berlaku antara dua orang anggota ter­dekat dlm sesebuah keluarga, mis antara abang dgn adik perempuan atau ayah dgn anak perempuannya; ~ melangsi lebih tinggi drpd yg seharusnya (nada suara); ~ pati sl bermukah dgn saudara sendiri; ~ salah melakukan zina; menyumbangkan; ~ langkah a) sengaja membuat langkah sumbang dlm silat (utk mengumpan lawan); b) melakukan sesuatu yg bertentangan dgn adat, melanggar adat; menyumbang-nyumbangkan memburuk­-burukkan atau menghina-hinakan orang (dgn menuduhnya melakukan perbuatan sumbang): orang lain sudah biasa ~ Hanafi dgn nona pos itu; kesumbangan perihal sumbang (bkn per­buatan dll), keadaan dsb sumbang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 tidak mengikut adat ke­sopanan atau tidak mengikut adat kebiasaan (spt melakukan zina); me­langgar adat: Setelah melakukan perkara yg ~ itu, dia telah lari dr kampung ini. 2 tidak betul perbuatannya; salah; silap: langkah ~ langkah yg tidak betul (ketika bersilat). 3 tidak sedap didengar atau dilihat (bkn bunyi, perbuatan dll); janggal: Suaranya ~. ~ mahram perlakuan sumbang (spt zina, rogol) yg berlaku antara dua orang yg mempunyai pertalian darah yg rapat, spt antara ayah dgn anak atau adik dgn abang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sumbang I

Puisi
 

Kalau kutahu padi sumbang,
     Biarlah sawah tumbuh keladi;
Kalau kutahu budi nak terbang,
     Haram tidak berbudi lagi.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Sumbang mata memandang itik bertaji,
     ayam berkerat susuh.

Bermaksud :

Sangatlah ganjil memandang sesuatu perkara yang dilakukan tidak dengan sewajarnya.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Pantun

PantunSumberTema
Talinya sumbang tidaklah kena, Pukul gendang sambil berdiri; Abang ikut barang ke mana, Adik nak bawa rumah sendiri.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kalau kutahu padi sumbang, Biarlah sawah tumbuh keladi; Kalau kutahu budi nak terbang, Haram tidak berbudi lagi.Kurik Kundi Merah SagaBudi
Buruk parang dimakan karat, Sekali pakuk matanya sumbang; Buruk orang melupakan adat, Diberi petunjuk muka berpaling.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Dengan bismillah pembuka citra, Jari disusun memohon maaf; Jika sumbang tersalah bicara, Maaf saudara hamba mengharap.Pantun Melayu SarawakAgama
Arang baru dikarang, Masak ikan parang; Orang suka temberang, Macam kera sumbang.Pantun Melayu SarawakNasihat
Pandai-pandai mengibar jala, Dapat sembilang ikan berduri; Menjalan tugas dengan setia, Sumbang bakti jati diri.Pantun Melayu SarawakBudi Rampaian
Yang disebut berkain gumbang, Pagi dan petang berkain saja; Orang berebut bermain sumbang, Anak bini orang dimainkannya.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Supaya lauk tidak terbuang, Sebelum sejuk hangatkan lagi; Supaya duduk awak tak sumbang, Sebelum duduk ingatkan diri.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Kalau selalu berseluar sampak, Ditengok orang tidaklah patut; Kalau selalu gemar bertandak, Duduk sumbang tegak pun kalut.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Jika menyukat tidak pa, Ramailah orang menjadi ragu; Jika adat tidak dipakai, Perangai sumbang hati berbulu.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
12

Kembali ke atas