| Sungai Lajim Kampung Patinggan, Sebelah darat Jalan Merpati; Hasil kampung diberi sokongan, Sumber pendapatan rakyat sejati. | Pantun Melayu Sarawak | Budi Rampaian |
| Ini kuih baulu, Ini kuih meruku, Tidak kira bulu, Inilah bangsaku, | Pantun Melayu Sarawak | Setia Bangsa |
| Mengalir air mata, Air mata menteri, Engkaulah permata, Permata anak negeri. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
| Petik-petik gita, Petik satu-satu; Asyik memuka bota, Hati jadi batu. | Pantun Melayu Sarawak | Usik-Usik |
| Rama-rama cantik, Cantik tak terkata; Main-main tilik, Percaya batu bata. | Pantun Melayu Sarawak | Usik-Usik |
| Kain-kain basah, Semua warna merah; Hidup tambah susah, Anak penagih dadah. | Pantun Melayu Sarawak | Usik-Usik |
| Terang-terang pelita, Tersembunyi anak dara; Mak tambah derita, Bapa masuk penjara. | Pantun Melayu Sarawak | Usik-Usik |
| Biji-biji saga, Jatuh dua tiga; Apa nak dikata, Bapa sudah gila. | Pantun Melayu Sarawak | Usik-Usik |
| Anak-anak dara, Main kuda-kuda, Anak kena dera, Mak tutup muka. | Pantun Melayu Sarawak | Usik-Usik |
| Kuda-kuda langit, Dekat atas para; Jaga-jaga sedikit, Dekat dengan bapa. | Pantun Melayu Sarawak | Usik-Usik |