Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
sumber (kata nama)
1. Bersinonim dengan mata air: perigi, sumur, telaga, ocak-ocak,

2. Bersinonim dengan asal: punca, mula, punat, benih,

Kata Terbitan : bersumber,

Peribahasa

Menyelami air dalam tonggak.

Bermaksud :

Amat sukar menyelami hati manusia.

 

Lihat selanjutnya...(51)


Pantun

PantunSumberTema
Kalaulah batang menimpa dahan, Ditegakkan hujung tersia-sia; Kalaulah dibilang nikmat Tuhan, Takkan terhitung oleh manusia.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Anak itik jangan direjam, Kalau direjam lemaslah dia; Keris pedang tiada tajam, Tajamlah lagi mulut manusia.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Bila berpaut di pohon ara, Mawar luruh buat perisa; Bila laut mula bersuara, Gempar seluruh umat manusia.Pantun Melayu SarawakAgama
Encik Embong pergi ke Jeddah, Terus bertahun hingga raya; Teluk tanjung lagikan berubah, Inikan pula hati manusia.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Dua negeri sedang berperang, Belum tentu saya berjaya; Berapalah tajam pisau dan parang, Tajamlah lagi mulut manusia.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Banyak nyamuk di hutan Tengar, Buah betik dipanggil papaya; Kicau murai lagi didengar, Inikan pula cerita manusia.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Tebang kayu buatkan sampan, Sampan dibuat siap kemudi; Ikan mati kerana umpan, Manusia mati kerana budi.Kurik Kundi Merah SagaBudi
Berjalan-jalan berdua bertiga, Tepi-tepi kayuh perahu; Lautan dalam dapat diduga, Hati manusia siapa tahu.Pantun Melayu SarawakKasih
Batang kelapa dipotong-potong, Tiap satu tidak disukat; Bulat air kerana pembentung, Bulat manusia kerana muafakat.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Pucuk manis dalam padi, Buah papaya dalam perahu; Puas menangis dalam hati, Seorang manusia tidak tahu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
123

Kembali ke atas