Sungguh elok berkain samping, Samping mengikat keris pusaka; Sungguh elok orang sumbing, Sumbing membuat manis muka. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Tumbuh betung di tepi tebing, Di tepi tebing retak tanahnya; Sungguh untung berlaki sumbing, Laki sumbing banyak tertawanya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Tukul sumbing pecah berjalan, Pecah terantuk tebik terjatuh; Niat di hati menjolok bulan, Bulan dijolok bintang yang jatuh. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Tetak mengkuang parang sumbing, Tetak sehelai dimakan kambing; Hendak dibuang tidak terbuang, Ibarat darah dengan daging. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Ada malangnya membeli pasu, Bila sumbing disimpan saja; Ada malangnya berbini bisu, Bila merunding tangan meraba. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Ayam biring kuning kakinya, Anak nyonya membeli kain; Abang tinggal sumbing hatinya, Sama-sama mencari lain. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Elok hari bawa berunding, Jangan menunggu bala meletus; Eloklah hati menantu sumbing, Dengan menantu tertawa terus. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Ada malangnya bertabir kuning, Kurang lapis tidak berguna; Ada malangnya berbibir sumbing, Orang menangis awak tertawa. null null null null | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Ada untungnya bertabir kuning, Walaupun tipis berguna juga; Ada untungnya berbibir sumbing, Orang menangis awak tertawa. null null null null | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Nampak rendang pokok belimbing, Gugur buah tepi telaga; Berapa senang berbini sumbing, Kalau marah ketawa juga. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |