Sayang selasih samaselasih, Kalau tinggi ambil galah; Sungguhpun jadi bertemu kasih, Jodoh pertemuan di tangan Allah. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
Bunga kenanga kembang sekaki, Rupanya molek kelopak mekar; Sungguhpun lama abang menanti, Mengapa adik tak beri khabar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Satu dua tiga empat, Lima enam tujuh setengah; Sungguhpun pandai tupai melompat, Ada masa jatuh ke tanah. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Sungguh kuat terbang tekukur, Sayup bunyi mendayu-dayu; Sungguhpun tajam pisau cukur, Tapi tak boleh dipotong kayu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Naik bukit pergi Asahan, Bayar niat mudah-mudahan; Sungguhpun songket kain pilihan, Tapi tak boleh buat basahan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Ada satu anak orang, Hari-hari main perahu; Sungguhpun jalak ayam sabungan, Kokok jalak serba tahu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Sungguh minyak menerangkan pelita, Hendaklah jua panjang sumbunya; Sungguhpun banyak sahabatnya kita, Hilang satu pilu rasanya. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Anak beruk sebesar lengan, Mari dibungkus tudung kain; Sungguhpun buruk hatiku berkenan, Tidak boleh ditukar lain. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Subuh gelap orang ke ladang, Menjenguk padi sedang berbuah; Sungguhpun kerap abang memandang, Untuk berjanji terkalang lidah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Asah-asah tajam kalam, Mari ditulis di kertas Cina; Sungguhpun tetak patah di dalam, Syarat ubat carinya kena. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |