Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[su.pa.ya] | سوڤايا

Definisi : mudah-mudahan tercapai atau sampai maksudnya; agar; hendaknya: Belajarlah kamu ~ tidak kecewa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
supaya (kata tugas)
Bersinonim dengan agar, semoga, moga-moga, hendaknya, mudah-mudahan.,

Puisi
 

Pasang kelambu tepi jendela,
     Supaya senang pintu dikunci;
Biar beribu dara dan janda,
     Saya memilih yang baik budi.


Lihat selanjutnya...(17)
Peribahasa

Supaya tahu akan pedas lada,
     supaya tahu akan masin garam.

Bermaksud :

Ajaran supaya tahu akan susah hidup.

 

Lihat selanjutnya...(33)


Pantun

PantunSumberTema
Kalau merendah supaya indah, Tekat ditenung beri berjambul; Kalau meminta kepada Allah, Lambat-laun pasti terkabul.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Supaya tangan tidak terluka, Jangan dipegang hulunya kapak; Supaya Tuhan tidak murka, Jangan disakiti ibu dan bapak.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Supaya makan dapat berhemat, Jangan lagi menuruti selera; Supaya iman tidak berkarat, Luruskan hati takuti dosa.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Supaya mandi tidak terlanjang, Bawalah selalu kain basahan; Supaya hati tak tercabang, Terasa ragu jangan pedulikan.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Supaya lauk tidak terbuang, Sebelum sejuk hangatkan lagi; Supaya duduk awak tak sumbang, Sebelum duduk ingatkan diri.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Supaya kaki tidak berkubang, Nampak lumpur jagalah langkah; Supaya rezeki tidak berkurang, Banyak bersyukur kepada Allah.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Supaya mudah berjalan jauh, Bawalah bekal banyak-banyak; Supaya maruah jangan jatuh, Pelihara amal baikkan akhlak.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Supaya beban mudah diangkat, Eloklah dibawa beramai-ramai; Supaya badan kita selamat, Elok tak usah memandai-mandai.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Supaya kuncup jangan berkarat Kayu yang semak kita siangi; Supaya hidup jangan melarat, Ibu dan bapak kita sayangi.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Supaya langkah tidak terdedat, Tengoklah dulu jalan di muka; Supaya nafkah tidak tersekat, Elokkan laku dalam bekerja.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
12345678910...

Kembali ke atas