Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
susah (adjektif)
1. Bersinonim dengan sukar: payah, rumit, sulit,

2. Bersinonim dengan jarang ada: sukar terdapat

3. Bersinonim dengan miskin: papa, daif, melarat, serba kekurangan,

Kata Terbitan : bersusah-susah, menyusahkan, kesusahan,

Puisi
 

Orang berkampung dari hulu,
     Tanam kelapa rata-rata;
Senang susah tanggung dahulu,
     Pada siapa hendak dikata.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Hendaklah seperti tembikar,
     pecah satu pecah semuanya.

Bermaksud :

Hendaklah hidup dalam muafakat; senang sama-sama senang, susah sama-sama susah.

 

Lihat selanjutnya...(10)

58

Blood is thicker than water

Ahli keluarga lebih dipentingkan daripada orang lain.

Condong puar ke uratnya, condong manusia kepada bangsanya

So you have been married to him for 20 years and you have remained loyal to him through thick and thin. But still he voted for his sister when you and she were vying for the post. It seems that blood is thicker than water, my dear friend.

Jadi awak telah hidup bersamanya selama 20 tahun dan susah senang, awak tetap setia padanya. Namaun dia tetap mengundi kakaknya apabila awak bersaing dengan kakak ipar awak itu untuk merebut jawatan tersebut. Nampaknya condong puar ke uratnya, condong manusia kepada bangsanya, wahai kawanku.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(9)

Pantun

PantunSumberTema
Batik Jawa kalungan puteri, Seribu Seribu benang kain Semarang; Jika tuan memencil diri, Susah senang diri seorang.Pantun Melayu SarawakNasihat
Anak haruan mudik berenam, Lumba-lumba menyusul tebing; Sama mencecah si hati kuman, Susah senang sama membimbing.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Orang berkampung dari hulu, Tanam kelapa rata-rata; Senang susah tanggung dahulu, Pada siapa hendak dikata.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Adat resam kata orang, Jenguk menjenguk senang dan susah; Adat faham lembaga terang, Berkira duduk berbilang langkah.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Duka resah usah dikenang, Kemboja puspa harum kenanga; Ketika susah ketika senang, Kita lupa akan rahmat-Nya.Pantun Melayu SarawakAgama
Tidak memilih memilah-milah, Menimbang sama kanan dan kiri; Sama kasih senang dan susah, Kurang menambah lebih memberi.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Kitang terkenal gua pertapa, Sungai Kuap airnya tenang; Kita umat selalu lupa, Ketika susah ketika senang.Pantun Melayu SarawakAgama
Ada untungnya turun ke bukit' Walau Ielah banyak dipandang; Ada untungnya berperut buncit, Walau susah nampaknya senang. null null null nullKhazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Adat Melayu adil menimbang, Tidak memilih memilah-milah; Sifat Melayu tahu menenggang, Sama kasih senang dan susah.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Adat sebanjar ajar-mengajar, Adat seladang kenang-mengenang; Adat mengajar pada yang benar, Adat mengenang susah dan senang.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
12

Kembali ke atas