Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata susu;

Puisi
 

Masak susu linggang-linggang,
     Putik belimbing diketu-ketu;
Tutup pintu renggang-renggang,
     Petik dinding terbukalah pintu.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Bagai susu dengan sakar,
     dibuat tengguli.

Bermaksud :

Sangat padan; bersetujuan benar. sakar = gula; tengguli = air gula.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Pantun

PantunSumberTema
Kalau tuan memerah susu, Susu ditaruh di dalam talam; Saya tidak lupa ibu, Ibu menjaga siang dan malam.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Yang susu dibalas kopi, Air tuba dibalas racun; Sedang merayu terlepas gigi, Hati kecewa selera turun.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Masak susu linggang-linggang, Putik belimbing diketu-ketu; Tutup pintu renggang-renggang, Petik dinding terbukalah pintu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Dalam pasu air susu, Buat gadis mencuci muka; Banyak tiru banyak palsu, Mulut manis hati bercuka.Pantun Melayu SarawakBudi Rampaian
Minum kopi taruh susu, Kurang manis taruh gula; Kalau ikut hawa nafsu, Kalau tak mati separuh gila.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Petang-petang alah peraga, Masak susu linggang-linggang; Petang-petang abang ada, Katup pintu renggang-renggang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Anak pipit kembang ekor, Masak susu linggang-linggang; Ulit cik adik bawa tidur, Tutup pintu renggang-renggang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
yang disebut baju menyalah, Ketiak nampak susu terjulur; Orang tak takut berbuat salah, Merosak akhlak tak mahu jujurKhazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Hendak memakan buah cermai, Makan bersama jambu susu; Puas ombak melanda pantai, Mengapa pantai tak ambil tahu?Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Cik Siti orang di pekan, Pecah periuk memasak susu; Sayang sungguh burung di hutan, Sayang denak tiada mengaku.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
12

Kembali ke atas