Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
susun
Kata Terbitan : bersusun, menyusun, susunan, penyusunan, penyusun,

Puisi
 

Susunlah rebab susun rebana,
     Susun lesung rumah Encik Ali;
Apa sebab dengan kerana,
     Rasa bergantung tidak bertali.


Lihat selanjutnya...(9)

Pantun

PantunSumberTema
Susunlah rebab susun rebana, Susun lesung rumah Encik Ali; Apa sebab dengan kerana, Rasa bergantung tidak bertali.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Susun kayu panjang sedepa, Rumah rehat hendak dibina; Patutlah Melayu dikatakan lupa, Sejarahnya tercatat di mana-mana.Pantun Melayu SarawakSetia Bangsa
Susun sirih ke tiga susun, Sesusun sambil jalan ke Dengar; Putih kuning jadi racun, Hitam manis jadi penawar.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Susun sirih berkaduk-kaduk, Susun sampai di kedai Cina; Kasih cik tuan mengejut-ngejut, Itu tanda tak kekal lama.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Tetak nipah susun nipah, Orang Palembang menjual kayu; Duduk susah berdiri susah, Di dalam hati siapa dirindu?Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Hujung sirih berkedut-kedut, Susun sampai di kedai Cina; Kasih tuan membujuk-bujuk, Kasih tidak kekal lama.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kacang kelisa tumbuh di dusun, Tumbuh sepohon di tiang layang; Kami menyambut bersusun-susun, Kerana meraikan pengantin datang.Kurik Kundi Merah SagaAdat

Kembali ke atas