Di mana letak jelaga, Jelaga terletak pada sumbu; Di mana letak syurga, Syurga di telapak kaki ibu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Patuh Melayu kepada ibu, Syurga ada di bawah kakinya; Senonoh laku tanda berilmu, Bahagia hidup hingga ke matinya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Berbunyi mawas serta bangsi, Raja Janjuma dari seberang; Syurga terbuka saya tangisi, Hendak menumpang ilmu pun kurang. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
Ada rasa berisi pandan, Hendak menganyam tikar sembahyang; Tujuh syurga di dalam badan, Di situlah tempat berkasih sayang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Berdentum guruh di atas papan, Kilatnya sampai di atas bahu; Tujuh syurga di dalam badan, Tolong huraikan satu persatu. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
Anak ayam turun tiga, Satu mati tinggal dua; Minta masuk dalam syurga, Minta habis segala dosa. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
Tebang mari kayu nangka, Hendak dibuat kayu api, Seorang neraka seorang syurga, Yang mana satu hendak diganti. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Serindit terbang rendah, Terbang mari menyongsong angin; Siapa tauhid kepada Allah, Masuk syurga jannatunnaim. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
Anak ayam turunnya tiga, Mati seekor tinggalnya dua; Supaya tahu jalan ke syurga, Hilai-hilai dimakbulkan doa. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
Kalau nak tahu ara berbunga, Sirih kuning di celah lantai; Kalau nak tahu syurga dunia, Putih kuning panjang lampai. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |