Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Puisi
 

Malam tadi mimpikan bulan,
     Bulan kumimpi si bujur telur;
Malam tadi mimpikan tuan,
     Tuan kumimpi dikandung tidur.


Lihat selanjutnya...(18)

Pantun

PantunSumberTema
Malam tadi mimpikan bulan, Nyiur gugur dengan tandannya; Malam tadi mimpikan tuan, Rasa tidur pangku kancunya.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Malam tadi mimpikan bulan, Bulan kumimpi si bujur telur; Malam tadi mimpikan tuan, Tuan kumimpi dikandung tidur.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kencang ribut malam tadi, Bintang hanyut dari kuala; Kencang mimpi malam tadi, Bantal hanyut dari kepala.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Di mana didikku tadi, Padi tumpah bawah tangga; Di mana dia adikku tadi, Hati susah kerana dia.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kuat ribut malam tadi, Sapu tangan jatuh ke laman; Hajat abang datang ke mari, Hendak tidur berbantal lengan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Bunga baju disangka tali, Malam tadi menyindir puan; Madu disangka manis sekali, Kalaulah manis terlajakmu tuan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Anak tasik dari hulu, Mengenang juga cincin permata; Malam tadi menahan rindu, Makan bersuap si air mata.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Pajak tanah di tepi gunung, Pukul rebana awan berarak; Sejak tadi tuan termenung, Cangkul di tangan tidak bergerak.Pantun Melayu SarawakNasihat
Pisang kelat dibuat rampai, Jatuh ke tanah dimakan semut; Malam tadi saya bermimpi, Rasa bertukar kain selimut.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Goreng pisang goreng keladi, Mari goreng kuali besi; Anak siapa meronggeng tadi, Cubalah masuk sekali lagi.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
12

Kembali ke atas