Hendak taji kuberi taji, Taji tunggal mata berpamer; Hendak janji kuberi janji, Janji kekal sampai ke kubur. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Taji ayam sudah dibulang, Diikat benang sebelah kiri; Hari malam mata terbuntang, Teringat tunang sudah berlaki. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Taji ayam patah sebelah, lnduknya mati digigit musang; Hati geram mata pun merah, Menengok bini dicubit orang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Taji ayam besi bertuah, Bawa masuk ke tengah gelanggang; Hati di dalam bagaikan pecah, Dinda merajuk ke negeri orang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Taji ayam diberi bulang, Dibawa oleh anak penyabung; Kami memendam kasih sayang, Bila boleh hendak kusanjung. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Walaupun taji sudah dipasang, Kerana goyang dicabut lagi; Walaupun hati sudah meradang, Kerana berhutang mulut terkunci. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Jangan taji disuruh ikat, Nyala api abang tadahkan; Janganlah janji suruh diikat, Nyawa di badan abang serahkan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Asah taji asah golok, Buat menyabung ayam kelabu; Saya janji masak di pokok, Kalau ranggah saya tak mahu. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Wajiblah meraut taji pembelah, Supaya kayu cepat terkerat; Wajiblah sujud kepada Allah, Supaya selamat dunia akhirat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Awas-awas memasang taji, Salah pasang pasti kendur; Awas-awas berhutang budi, Salah hutang pasti hancur. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |