Kalau tak ada pagar dibuat, Banyaklah padi dipijak rusa; Kalau tak ada pembesar adat, Banyaklah negeri rosak binasa. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Kalau tak ada buah delima, Hilanglah pula buah kemiri; Kalau tak ada tuah ulama, Hilanglah pula tuah negeri. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Kalau tak ada orang memukat, Biarkan saja sampan tersagang; Kalau tak ada kumbang memikat, Biarkan hamba cuba bertandang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Kalau tak ada kayu nan lebat, Tidakkan turun burung jentayu; Kalau tak ada pemangku adat, Tidakkan turun adat Melayu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Kalau tak ada si buah labu, Takkan berair batang cendana; Kalau tak ada ayah dan ibu, Takkan lahir manusia ke dunia. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Kalau tak ada di dalam pukat, Cubalah cari dalam pangkalah; Kalau tak ada di dalam adat, Carilah di dalam syarak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Kalau tak ada lapik pandan, Tidakkan orang mudik ke hulu; Kalau tak ada lapis di badan, Tidakkan abang menentang malu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Kalau tak ada orang mencuri, Biar ke tanah mencari puntung; Kalau tak ada kumbang menyeri, Biarlah hamba mengadu untung. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Kalau bersampan tak ada bekal, Di tengah laut terang kebulur; Kalau beriman tak ada beramal, Susah mengikut ke liang kubur. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Hendak berjalan parang tak ada, Hujan lebat badanku basah; Hendak berpesan orang tak ada, Berkirim surat kalam pun patah. null null null null | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |