| Anak Cina masak itik, Masak mari sampai luluh; Memang tak guna berbini cantik, Hari-hari sahaja bergaduh. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
| Hijau-hijau daun keladi, Mari makan di pagi hari; Hendak dikesal tak guna lagi, Cari lain sebagai ganti. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Hancur-hancur daun keladi, Buat makanan di waktu pagi; Hendak dikesal tak guna lagi, Carilah lain sebagai ganti. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Nyiur gading baru berbuah, Pokok senduduk berbunga pagi; Sudah dapat gading bertuah, Tentulah tanduk tak guna lagi. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
| Ambil parang galikan tunggul, Tunggul ada berikat tali; Matahari masuk bulan pun timbul, Cahaya bintang tak guna lagi. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
| Tak guna ayam di kampung, Ayam hitam memakai taji; Tidaklah guna berikat bengkung, Kalau tak boleh menahan negeri. | Kurik Kundi Merah Saga | Kepahlawanan |
| Pokok duku di hujung jalan, Patah ditimpa si dahan sena; Sesal dahulu memang pendapatan, Sesal kemudian haram tak guna. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
| Anak Cina jual ikan, Jual mari ikan tenggiri; Senjata kubawa kalau tak makan, Dunia tak guna kutengok lagi. | Kurik Kundi Merah Saga | Kepahlawanan |
| Apalah guna rumpun buluh, Baik ditebang buatkan titi; Apalah guna duduk mengeluh, Orang tak ada tak usah dinanti. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
| Apa guna sambal tumis, Kalau tak campur asam belimbing; Apa guna lama menangis, Tidakkan penuh telaga yang kering. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |