| Tak boleh kuda di ladang, Pancung beluru di atas pagar; Kalau tak boleh muda kucadang, Tujuhlah guru aku belajar. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Kalau tak panjat limau manis, Kita tebang batang tebu; Jika tak dapat yang hitam manis, Kita buanglah petua guru. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Kalau tak boleh mengkuang kutetak, Sia-sia mudik ke hulu; Kalau tak boleh muda kuhendak, Sia-sia memujuk guru. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Ayam ini ayam delidau, Kokok mari atas pagar; Kalau tak boleh muda sesurau, Tujuh guru saya belajar. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Akar pilih kuda belang, Akar lama melilit pongsu; Kalau tak boleh seperti dok cadang, Nak bawa cerana mengadap guru. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |