Tak pernah memakan rendang, Setalam mana nan dijimati; Tak pernah orang kaya bertandang, Dendam mana nan dituruti. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Kapal kecil kapal besar, Kapal tak pernah naik haji; Dari kecil hingga besar, Saya tak pernah mungkir janji. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Naik rumah tidak bertangga, Kucing memanjat di batang tiang; Saya tak pernah tidur berdua, Peluk bantal sampailah ke siang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Orang Cina dari Seberang, Bawa jual ikan tenggiri; Mengata orang jangan sebarang, Tak pernah cermin diri sendiri. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Alangkah lazat jeruk mentimun, Diberi kuah bertambah perisa; Abanglah penat duduk melamun, Adik tak pernah mahu berjumpa. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Kain Jawa sehasta panjang, Dibawa budak turun mandi; Banyak muda sudah dipandang, Tapi tak pernah melekat di hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Banyaklah kuda di tengah padang, Dipelihara orang untuk berpacu; Letaklah sudah hamba bertandang, Adik tak pernah duduk menunggu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Luka tangan terkena pisau, Darahnya banyak tidak terkira; Bila terkenang hati risau, Tidur malam tak pernah jendera. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Jolok nangka di kampung hilir, Berselang kain ke pasar lama; Jangan disangka pada yang lahir, Namun batin tak pernah sama. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Batang kemiri sudah berlubang, Tak lama lagi tentulah rebah; Orang ku nanti tak pernah datang, Entahkah kini berpaling tadah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |