Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
takdir (kata nama,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan nasib, untung nasib, ketentuan, qada dan qadar, bahagian, hak, rezeki, suratan, bintang, tuah, habuan, ganjaran;,
Kata Terbitan : takdirnya, mentakdirkan,

Puisi
 

Naik ke bukit bekerja daya,
     Tempat orang menggaji kayu;
Untung nasib takdir saya,
     Bunga kembang menjadi layu.


Lihat selanjutnya...(5)

Pantun

PantunSumberTema
Bila cukup bilangan hari, Takdir datang ajal pun tiba; Bila hidup tahukan diri, Fikiran panjang akal sempurna.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Masak sebutir dibelah-belah, Acang dan kain dibasahkan; Sudah takdir kehendak Allah, Orang lain jangan disalahkan.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Cik Kadir menetak senduduk, Senduduk tumbuh tepi telaga; Kalau takdir tak dapat tanduk, Namun telinga kupulas juga.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Naik ke bukit bekerja daya, Tempat orang menggaji kayu; Untung nasib takdir saya, Bunga kembang menjadi layu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Pergi ke darat mencari gambir, Ada secemur rupa serkap; Sudah tersurat kepada takdir, Ada sedikit tersalah cakap.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Jangan direndang buang nangka, Masak sebutir dibelah-belah; Jangan dikenang untung celaka, Sudah takdir kehendak Allah.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Anak raja menikam pari, Kulit gutung di hujung galah; Bukan sengaja lepas ke mari, Untung takdir diberi Allah.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Asap api embun berderai, Tiba di puntung pecah belah; Niat di hati segan bercerai, Kerana untung takdir Allah,Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Sayang ke darat air dah surut, Rumah sebesar menyingkil air; Hati melarat jangan diturut, Jangan memotong dengan takdir.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat

Kembali ke atas