Terpelihara aurat tidaklah malu, Terpelihara lidah takkan bercabang; Terpelihara adat takkan berseteru, Terpelihara tingkah takkan terbuang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Bagaimana benang takkan putus, Kerana selalu disentak tarik; Bagaimana orang tidak merentus, Kerana bertemu awak mengusik. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Bagaimana benang takkan kusut, Bila dibiarkan berjela-jela; Bagaimana orang tak merungut, Bila dituakan awak mencela. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Bagaimana kapal takkan hanyut, Bila talinya tidak bertambat; Bagaimana akal tidakkan belot, Bila kajinya tidak beringat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Bagaimana dahan takkan patah, Bila kayunya dimakan ulat; Bagaimana iman tidakkan goyah, Bila mahu berkawan penjahat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Bagaimana orang takkan memukat, Hendak menjala terkena jermal; Bagaimana abang tidakkan nekad, Adik sengaja berjual mahal. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Bagaimana titi takkan dialih Tiang patah lantainya rosak; Bagaimana hati tidakkan pedih, Abang berharta suka- berlagak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Bagaimana nasi takkan ditanak, Nasi yang ada dimakan kucing; Bagaimana hati tidakkan muak, Janjilah lupa jangan berpaling. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Yakin membeli takkan merugi, Begitu kata orang dahulu; Lenjinlah bini diperbudak laki, Mahu berbantah mulutnya bisu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Bagaimana khatib takkan merajuk, Pagi petang mencari bilal; Bagaimana nasib tidakkan teruk, Laki miang bini pun gatal. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |