| Kalau tidak takutkan semak, Burung bersarang di dalam padi; Kalau tidak takutkan emak, Kita bersama bertandan pagi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
| Sampan pemukat didayung laju, Hendak ke pantai takutkan beting; Badanlah penat menanggung malu, Hendak bercerai perutlah bunting. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
| Batang kelapa di tepi ladang, Rumputnya naik setinggi padi; Abang menyapa berhati bimbang, Takutkan adik tidak peduli. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
| Ambil limau di tepi beting, Beting ada di kebun limau; Kalau rimau gurunya kucing, Kenapa kucing takutkan rimau? | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |