Kuih dalam talam, Talam dari Yunan; Kami menyambut salam, Salam ikatan berzaman. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Teluk merah di atas talam, Talam terletak di atas geta; Inilah surat berkirim salam, Dakwat bercampur air mata. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Talamlah ini talam tembaga, Putus tali sampainya hilang; Malamlah ini malam celaka, Putusnya janji sampainya hilang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Bingka diletak dalam talam, Buat jamuan Dato Penghulu; Jika rindu kukirim salam, Kubisik rindu di angin lalu. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
Si berahi menjunjung talam, Direncong berlipat-lipat; Mati berahi anak Adam, Kena doa pandang makrifat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Letak di tengah talam, Mari tumbuk kutapisi; Bangun tersedak tengah malam, Bantal kupeluk kutangisi. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Kuntum bunga di dalam talam, Puan belum dihias didandan; Jarum berputar siang malam, Tua muda menanti giliran. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Kacang hijau di dalam talam, Dibuat penganan lazat sekali; Abang mengigau siang dan malam, Mengingat tuan tambatan hati. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Air selepak di dalam talam, Air geluk mandi dihabisi; Tidur tersentak di tengah malam, Bantal dipeluk ditangisi. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Kalau kenduri berlama-lama, Pakailah talam tanda menghidang; Kalau negeri tak berulama, Bagaikan malam tiada berbintang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |