Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata talinya

Puisi
 

Lotong-lotong bunyi rebana,
     Layang-layang talinya benang;
Kami bertanya pada kakanda,
     Langit bergantung mana talinya?


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Menghela lembu dengan talinya,
     menghela manusia dengan akalnya.

Bermaksud :

Manusia harus diperlakukan dengan lemah-lembut.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Pantun

PantunSumberTema
Talinya sumbang tidaklah kena, Pukul gendang sambil berdiri; Abang ikut barang ke mana, Adik nak bawa rumah sendiri.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Lotong-lotong bunyi rebana, Layang-layang talinya benang; Kami bertanya pada kakanda, Langit bergantung mana talinya?Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Bagaimana kapal takkan hanyut, Bila talinya tidak bertambat; Bagaimana akal tidakkan belot, Bila kajinya tidak beringat.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Hanyutlah padi dibawa arus, Kerana talinya tidak berikat; Hanyutlah hati nyawa pun putus, Kerana kekasih tak mahu dekat. null null null nullKhazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Tengok-tengok menarik jaring, Kerana jaring talinya panjang; Elok-eloklah adik menjeling, Kerana dijeling hatiku bimbang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Anak kuda berlari-lari, Berlari dengan tali-talinya; Banyak harta orang tak iri, Iri orang pada budinya.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Pasang naik mencabut sauh, Sauh diangkat dihela talinya; Orang baik patut dicontoh, Dicontoh sifat mulia hatinya.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Cincin patah cincin permata, Sayang gandaran putus talinya; Makin lawa makin tercinta, Dengar-dengaran bunyi-bunyinya.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Tahi ayam sangkut berbelit, Sangkut ke pagar kendur talinya; Hari malam perut melilit, Takut mendengar dengkur lakinya. null null null nullKhazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Layong-layong bunyi rebana, Gelaga batu mana isinya; Jika tahu sindir bertanya, Langit bergantung mana talinya?Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran

Kembali ke atas