Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.maÖ]/[ta.ma/] | طمع

Definisi : ingin memiliki sesuatu tanpa batasan, haloba: jangan ~ akan harta orang; ~ hilang malu, loba dapat kebiasaan prb sesuatu perolehan yg tidak mencukupi menyebabkan seseorang membuat kerja-kerja yg terhina; ketamakan perihal tamak, kehalobaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.maÖ]/[ta.ma/] | طمع

Definisi : ingin memperoleh sesuatu dgn banyaknya; haloba: Jangan ~ akan harta orang. ketamakan sifat atau hal tamak; kelobaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tamak (adjektif)
Bersinonim dengan haloba, loba, rakus, serakah, lahap, celici, melik, muris, hakap, temaah, dahuk, kemaruk, gelojoh;,
Kata Terbitan : ketamakan,

Peribahasa

Seperti anjing berebut tulang.

Bermaksud :

Orang tamak memperebutkan harta.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Pantun

PantunSumberTema
Rosak tiang kerana retak, Retak mudah membawa belah; Rosak orang kerana tamak, Tamak harta kerja menyalah.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Adat Melayu memantangkan tamak, Orang tamak diperbudakkan nafsu; Tabiat penipu hutangnya banyak, Hutang banyak banyaklah seteru.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Yang lunak biarlah lunak, Supaya nanti dapat dipancung; Orang tamak biarlah tamak, Supaya mati perutnya kembung.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Taat umat kepada Allah, Loba dan tamak ia jauhkan; Kuat adat mulia maruah, Di mana tegak ia teladan.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Kerana kera hendak menikah, Banyak lembu merebus daging; Kerana mentua tamak serakah, Banyak menantu kurus kering.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Yang keras bertulang, Yang lunak berdaging; Yang ikhlas terbilang, Yang tamak tergiling.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Kalaulah jalan selalu rosak, Siapa lewat akan terhalang; Kalau berkawan terlalu tamak, Semua sahabat akan menghilang.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Apabila ke hulu tidak bergalah, Ke hilir pula bawa berdayung; Apabila terlalu tamak serakah, Akhirnya kepala kan terpancung.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Kerana kainnya sudah koyak, Hendak diikat pastilah kendur; Kerana pemimpin laba dan tamak, Banyaklah umat mati kebulur.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Mengapa orang mengacip pinang, Kerana hendak memakan sirih; Mengapa orang bernasib malang, Kerana tamak kawan ditindih.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
12

Kembali ke atas